Pages

Friday, January 4, 2008

APA TU DNS..?

NAMA PENUH :- Sistem Nama Domain ( Domain Name System )


FUNGSI :- merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan nama domain di jaringan


PERANAN :- memainkan peranan penting bagi Internet, kerana perkakasan memerlukan alamat IP untuk melaksanakan penghalaan ( routing ), tetapi manusia menggunakan nama hos dan nama domain, sebagai contoh dalam Penentu Sumber Seragam ( Uniform Resource Locator ) URL dan alamat e-mail

BAGAIMANA DNS BERFUNGSI :-
  • Nama domain terdiri daripada dua atau lebih bahagian (secara teknikal labels) dipisahkan oleh titik.
  • Label disebelah kanan merupakan domain tahap atas (sebagai contoh, domain tahap atas untuk www.wikipedia.org adalah org).
  • Setiap label di sebelah kiri menentukan subdivision atau subdomain (sebagai contoh, wikipedia.org merupakan subdomain bagi org dan www.wikipedia.org merupakan subdomain kepada wikipedia.org).
  • Secara teori, subdivision ini boleh menurun sehingga 127 aras, dan setiap label boleh mengandungi 63 huruf, selagi keseluruhan nama domain tidak melebihi 254 huruf. Tetapi secara penggunaan sesetengah daftar nama domain ( domain name registry ) mempunyai limit yang kurang dari itu.
  • DNS mengandungi set hierarki pelayan DNS. Setiap domain atau subdomain mempunyai satu atau lebih pelayan DNS sahih ( authoritative DNS servers ) yang menerbitkan maklumat mengenai domain tersebut. Hierarki mengenai pelayan DNS sahih mempunyai padanan dengan hierarki domain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...