Pages

Sunday, December 12, 2010

HARI TERISTIMEWA AKU DAN DIA


 


                                        My invitation card tuk mbr2 siber (",) 
kad jemputan reality pom ada tapi tak upload la ..kad tu spesel tuk mbr2 satu kerja,mbr lama..org2 kg...dan sebagainya....(semua yg i kenai la)







    


26 November 2010 hari kami diijab kabulkan..Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..kecuali aku la yg lambat bersiap....berpeluh2 bakal suami aku menunggu kedatangan aku sekeluarga ke Masjid Ubudiyah,Weng Baling Kedah.. setelah selesai akad nikah..sah la hari itu aku telah di gelar seorang isteri...waaa mcm mimpi...apa2 pun jodoh kami Allah SWT yang tetapkan...

27 November 2010 Majlis sebelah keluarga pengantin perempuan, yang telah berlangsung di Kg. Surau, Weng Baling Kedah..Tepat jam 2.00 ptg..aku dan mak ayah serta family sanak saudara menyambut kedatangan rombongan drpd keluarga lelaki.... (>_<)


4 Disember 2010 Majlis sebelah keluarga pengantin lelaki,yang telah berlangsung di Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut Pahang...huuuu jadi org Pahang la aku..........
walaupum Majlis kami cuma besederhana..tetapi Syukur ke Hadrat Ilahi kami dah menjadi pasangan suami isteri yang sangat2 epi go lucky...semoga Allah SWT membahagiakan rumahtangga kami wat selamanya..amin...!!! (>_<)




Tuesday, November 30, 2010

Tidur berbantalkan lengan suami -Petua

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki /suami boleh mengaktifkan hormon wanita / isteri sehingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki /suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal u all,(kalau masih ada dgn bantal busuk tu...peluk aje la..hihi) tapi tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi,(itu pun kalau selesa,jgn paksa juga kalu lenguh kepala tu..nati terkehel kang..) pastu..hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan u all akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami u all sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon u all. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…mengikut dari segi FAKTA….….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak ua ll togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
so buat isteri semua, u all praktikan ke tidur atas lengan suami?
dan Suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?
ha kalau da suami yang badan berbau....sebelum tidur tu...lap2 badan (kan tak elok mandi malam..) pakai deodorant dan pakai la losyen...(>__<)

Saturday, October 30, 2010

Suami mesti hormat isteri....




Tengah syok2 layan FB da la satu post ni ha..berbunyi camni.....Wahai Kaum Lelaki, Hormatlah Isteri Awak..!! huhu bes juga layan baca ni..almaklumlah aku sendri pom dari kaum hawa yang lemah....bila baca rasa tersentak juga..terharu...aha....rupanya nasihat ini ditulis oleh Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu..
Jom baca yang seterusnya........

01. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang...
(Almaklumlah kalau da yang sebelum kawin dulu duit tak cukup nak bayar hantaran bakal isteri...so sanggup la bakal isteri ni share supaya dapat mendirikan rumah tangga dengan suaminya sekarang ni)


02. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
( Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin)



03. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak u all kecuali masakan/cara menghias isteri u sll lebih baik dan canggih dari emak u all.


04. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


05. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari u all juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja dengan asap rokok berkepoi2.


06. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
(Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan)


07. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
(Kalau dapat makan sama2 plak satu hal la...sebijik pinggan yg dia guna mkan je dia angkat..tu pom lau dia nak angkat la..yg lain tu tak diangkat..lau tak pun tolong la isteri tu..da la hidangkan...masak lagi..nak kena ngemas plak)


08. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.


09. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
(Ni tak isteri je nk kena cantik, kema, wangi sepanjang masa....suami??)


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun u allcuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri u all dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga..Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..


13. Jagalah maruah u all sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan u all. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan u all dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. 


16. Hormatilah isteri u all sebagaimana u all mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri u all yang buat, tentu u all tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri u all kena tolerate kalau u  all buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau u all sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga u all kan...? 


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah u all mengambil berat tentang dirinya.Ni tak..bila isteri cakap sakit,tak tahan..si suami dok berFB lagi..


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
(Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan)


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.(siteri cakap jgn merokok depan dia, suami buat endah tak endah je)


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kaum isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.


Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.


Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.


Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.


Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.


Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.


Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.


Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan
dalam al-Quran dan Sunnah.


Monday, September 20, 2010

STS - Support Ticketing System

utk. melaporkan kerosakan berkaitan peralatan ICT sekolah masuk aa web ni...selain itu mcm2 permasalahan tapi yang berkaitan dengan ICT je, boleh di adukan dalam web ini..nak tau lebih lanjut...klik je kat pic tu (>_<)
ni la kje yang aku selalu kena update tiap2 minggu, tau tiap2 bulan...sbb masa aku posting sini aku dah diperkenalkan dengan web online seperti ini...mcm2 web online lagi....

Friday, August 20, 2010

SSQS - Sistem Smart School Qualification Standards

pengisian data2 bermula dari bulan Jun hingga Ogos...

SSQS
ni lagi satu web yang mmg tiap2 tahun 2 x kena isi..tpi yg ni aku just tulung2 key in & update yang berkaitan je..sbb web ni guru2 yang terlibat... :)



Friday, January 1, 2010

Keja baru lalalalala...!!!


Lapor diri : 27 Jun 2009 at JAKIM,  Putrajaya 
Posting : 6 Julai 2009 kat Sek. Keb. Seri Lanang, Banting Selangor
Jawatan : Juruteknik Komputer ( FT17 )

MAJLIS SAMBUTAN PEGAWAI BARU DAN PERSARAAN GURU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...