Pages

Saturday, October 30, 2010

Suami mesti hormat isteri....




Tengah syok2 layan FB da la satu post ni ha..berbunyi camni.....Wahai Kaum Lelaki, Hormatlah Isteri Awak..!! huhu bes juga layan baca ni..almaklumlah aku sendri pom dari kaum hawa yang lemah....bila baca rasa tersentak juga..terharu...aha....rupanya nasihat ini ditulis oleh Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu..
Jom baca yang seterusnya........

01. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang...
(Almaklumlah kalau da yang sebelum kawin dulu duit tak cukup nak bayar hantaran bakal isteri...so sanggup la bakal isteri ni share supaya dapat mendirikan rumah tangga dengan suaminya sekarang ni)


02. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
( Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin)



03. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak u all kecuali masakan/cara menghias isteri u sll lebih baik dan canggih dari emak u all.


04. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


05. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari u all juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja dengan asap rokok berkepoi2.


06. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
(Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan)


07. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
(Kalau dapat makan sama2 plak satu hal la...sebijik pinggan yg dia guna mkan je dia angkat..tu pom lau dia nak angkat la..yg lain tu tak diangkat..lau tak pun tolong la isteri tu..da la hidangkan...masak lagi..nak kena ngemas plak)


08. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.


09. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
(Ni tak isteri je nk kena cantik, kema, wangi sepanjang masa....suami??)


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun u allcuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri u all dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga..Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..


13. Jagalah maruah u all sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan u all. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan u all dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. 


16. Hormatilah isteri u all sebagaimana u all mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri u all yang buat, tentu u all tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri u all kena tolerate kalau u  all buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau u all sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga u all kan...? 


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah u all mengambil berat tentang dirinya.Ni tak..bila isteri cakap sakit,tak tahan..si suami dok berFB lagi..


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
(Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan)


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.(siteri cakap jgn merokok depan dia, suami buat endah tak endah je)


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kaum isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.


Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.


Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.


Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.


Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.


Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.


Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.


Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan
dalam al-Quran dan Sunnah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...