Pages

Tuesday, August 2, 2011

FADHILAT SOLAT TARAWIKH

Ramadhan adalah bulan ibadah yang disambut oleh mereka yang beragama islam di seluruh dunia..Bulan ini memberi begitu banyak manfaat, kebaikan kepada setiap insan yang mentaati perintah Allah S.W.T...Antara nya seperti berpuasa di siang hari dan megerjakan ibadah di malam hari....Seperti solat tarawikh yang dikerjakan selepas waktu Isya'.iaitu di malam hari.. Sebanyak 20 rakaat...dan diikuti 3 rakaat solat witir..
ha nak tau tak setiap malam kita kerjakan solat tarawikh tu ada byak fadilatnya..cuba baca kat bawah ye... (>_<)



Malam ke 1 
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

Malam ke 2 
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat 
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya. 

Malam ke 3 
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan 
solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, 
semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 

Malam ke 4 
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala 
sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca
 kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran. 

Malam ke 5 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan 
sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 

Malam ke 6 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala 
malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. 

Malam ke 7 
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang 
musuhnya Fir'aun dan Hamman. 

Malam ke 8 
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang 
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

Malam ke 9 
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya
seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam ke 10 
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat. 

Malam ke 11 
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru 
dilahirkan. 

Malam ke 12 
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang 
bercahaya-cahaya. Malam ke 13 la akan datang pada hari kiamat di 
dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

Malam ke 14 
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat 
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 

Malam ke 15 
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan 
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

Malam ke 16 
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari 
api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

Malam ke 17 
Allah S.W.T menuliskan baginya 
pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

Malam ke 18 
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah 
telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu
 (yang masih hidup atau yang sudah mati). 

Malam ke 19 
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus. 

Malam ke 20 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati 
syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21 
Allah S.W.T akan membina untuknya 
sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 

Malam ke 22 
la akan datang pada hari kiamat di 
dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 
Malam ke 23 Allah S.W.T akan membina untuknya 
sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. 

Malam ke 24 
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi 
orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 
Malam ke 25 Allah S.W.T akan mengangkat seksa 
kubur darinya. 

Malam ke 26 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat 
bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

Malam ke 27 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya 
kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 
Malam ke 28 Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu
 darjat di akhirat. 

Malam ke 29 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji 
yang mabrur. 

Malam ke 30 
Allah S.W.T akan memberi  penghormatan kepada orang yang 
bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): 
Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di 
dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil 
serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad 
S.A.W yang bernama Al-Kautsar

Selain daripada fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...