Pages

Thursday, March 8, 2012

PUSAT AKSES


Apakah itu Pusat Akses Sekolah?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri..

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah? 
  1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah  
  2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid 
  3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
  1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai  maklumat 
  2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan 
  3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh  pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah? 

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran 
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning) 
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran 
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui emel 
  • Berkolaborasi dengan murid lain

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah? 
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh  menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet.

Apakah peralatan yang akan dibekalkan? 
Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana  ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan  rangkaian setempat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...